
Typhonium giganteum leaf
Nama Tempatan:Keladi Tikus
Nama Saintifik:Typhonium Flagelliforme
Nama Lain:Rodent tuber,
Famili:Araceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
PENGENALAN
Tumbuhan amat penting dalam kehidupan manusia, ia memenuhi kebanyakan keperluan harian. Ia digunakan dalam pembuatan kosmetik, makan pemakanan, perasa & pewarna, perhiasan & perubatan. Tumbuhan yg mempunyai nilai perubatan digunakan untuk merawat bermacam macam jenis penyakit.
Oksidasi adalah satu kemestian dalam organisma untuk menghasilkan tenaga kepada proses biologikal. Walaubagaimanapun, ketidak kawalan penghasilan Oksijan menghasilkan radikal bebas yg meyumbang kepada tumbuhnya penyakit seperti atherosclerosis, rheumatoid arthritis & kanser, juga kepada proses ketuaan (degenerative processes of aging). Hampir semua organisma terlindung dari radikal bebas oleh enzim seperti super-oksid dismutase & catalase atau kompond seperti asid ascrobic, tocopherols & glutathione.
Bila mekanisma perlindungan antioksida tidak seimbang disebabkan dari ketuaan, penurunan fungsi physiological akan menyebabkan serangan penyakit & peningkatan jangka waktu penuaan yg lebih cepat, oleh ini kandungan antioksida dalam pemakanan seseorang adalah amat penting bagi melindungi badan dari kesan oksidasi.
TYPHONIUM FLAGELLIFORME, sebagai makanan tambahan yg membantu melawan kanser, ketumbuhan & meningkatkan daya tahan badan. Juga membantu penyahtoksidan dalam darah.
Keladi tikus; merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Keladi tikus juga dikenali dgn beberapa nama seperti talas Kunting, bira kecil, ileus gofu sepa, trenggiling mentik & berbagai.
Sebelum ini keladi tikus tidak dikenali ramai, tidak seperi sambiloto, temu putih, hempedu bumi, temu lawak, mengkudu & sebagainya. Tanaman semak sejenis talas ini boleh mencapai ketinggian melebehi 100 cm. Ia menyukai tempat lembab & berpaya.
Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi & berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris keladi tikus disebut sebagai rudent tuber. Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenehan & pusat landskap. Daunnya berbentuk jantung & berwarna hijau pekat basah. Seluruh bahagian dari pokok ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.
TYPHONIUM
Typhonium di rujuk kepada bentuk bujur akar kepada Typhonium giganteum. Dalam bahasa Cina dinamakan sebagai baifuzi, yg bermaksud akar berwarna cerah (bai = puteh) & kesamaannya dgn jenis pokok berakar berlubang seperti aconite beracun (fuzi).
Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990 ’an (Neoh, 1992), ini pendapat sarjana Barat, sedangkan tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani & di Negeri China. Tumbuhan ini walaupun bukan jenis tumbuhan dikenali umum, tapi ia terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yg menggunakan nya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin (wind-phlegm), penyakit yg menyebabkan kejangan otot & untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan. Contohnya, digunakan dalam ubatan Qianzheng San (Serbuk pemulihan keasal / Powder for Restoring the Normal Position), yg mengandungi ramuan utamanya typhonium, ulat-sutera & kalajengking, yg diberikan kepada pesakit lumpuh disebabkan stroke. Lanjutan dari versi formula ini adalah ubat Yifeng & (ubat menghalang kahak angin / wind stopping pill) ramuan dari Qianzheng San dicampur dgn Uncaria, siler & tabasheer (sejenis ekstrak buluh, tianzhuhuang). Banyak lagi ubatan Cina kunoh yg menggunakan keladi tikus sebagai ramuan utama dalam ubatan mereka.
Dalam buku Sichuan Chinese Pharmacological History, dituliskan bahawa unsur timbangan bagi typhonium ialah “hangat & mempunyai rasa kemanis –manisan, kelat, menyucuk, bertoksik & ia boleh menyembuh sakit gastrik & sendi disebabkan dari gangguan darah”.
Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yg dipercayai boleh menyembuh penyakit’’, ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan & beliau berjanji untuk membantu membiakkan keladi tikus & melalui kajian dijalankan ke atas keladi tikus atau Typhonium, Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih & mempunyai selera makan.
Terapi kanser
Patricia Skinner dalam bukunya Unani-tibbi, Encyclopedia of Alternative Medicine, menjelaskan, doktor pertama yg berhasil melakukan terapi kanser adalah Ibnu Sina atau Avicenna. Dalam Canon of Medicine, Ibnu Sina menggunakan, salah satu cara pebedahan yg disertai pemotongan atau pembersihan pembuluh darah.
Profesor Nil Sari dari Universitas Istanbul, Cerrahpasha Medical School dalam tulisannya berjudul "Hindiba: A Drug for Cancer Treatment, menuturkan, pada abad ke-12 M, ilmuwan Muslim bernama Ibnu al-Baitar menemukan ramuan obat kanser atau tumor bernama "Hindiba". Obat kanser warisan peradaban Islam itu dipatenkan oleh Profesor Nil sari pada 1997.
Khasiat & kegunaan
Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim & buah pinggang. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini & membaiki semula sel yg telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus & antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser & membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.
Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman & bengkak dalaman yg menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel & tisue dalaman (edema). Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk & untuk penyakit paru paru. Di Filipina pembungaannya (inflorescence) diguna untuk meredakan pendarahan & membantu dalam penyembuhan luka (Perry, 1980).
Pembuatan Jus Keladi Tikus
Seluruh tanaman ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan, mulai dari akar (ubi), batang, daun, sehingga kebunganya. Ada berbagai cara penyediaan, diantaranya ;
1. Rebusan
Rebus & minum airnya. Boleh kalau diambil bersama-sama dgn herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, & temu putih. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu diantara dua atau tiga sudu setiap hari.
2. Dikisar tanpa masak
i) Ambil tumbuhan Keladi Tikus segar sebanyak 50 gram (keseluruhan: terdiri dari ubi, daun, akar). Pilih bagian yg elok (sehat), buanglah bahagian-bahagian yg sudah rosak, bersihkan ubi yg membusuk dsb. Cuci sampai bersih pada air yg mengalir.
ii) Keringkan dahulu kemudian tumbuk / giling atau blend.Cuba elak dari memakai peralatan dari besi terutama yg mudah berkarat termasuk alumunium.
iii) Tambah air secukupnya. Gunakan air RO ia amat amat digalakkan kemudian diPerah & tapis.
iv) Jus Keladi Tikus siap diminum. Kalau ingin merasa manis tambahlah madu.
3. Pengeringan / Serbuk
Tumbuhan yg hendak digunakan mestilah terlebih dahulu;
i) Dibasuh bersih,batang & daun dari kotoran.
ii) Dibasuh bersih di celah celah batang & dibawah lipatan.
iii) Di gosok ubinya sehingga bersih dari kulit kering & kotoran.
iv) Di pisahkan batang dari ubinya & dibasuh bersih
v) Di tos keluar air dari tumbuhan kemudian dijemur kering.
vi) Tumbuhan yg sudah kering di tumbuk / kisar dijadikan serbuk kemudian dijadikan dalam bentuk pil.
PENGAMBILAN:
3 x sehari @ 50 gram tanaman segar (pagi, petang,malam). Diminum ½ jam sebelum makan. Bagi yg mempunyai gangguan perut diminum ½ jam setelah makan.
Wanita hamil kurang dari 4 bulan dilarang minum Jus Keladi Tikus.
Catatan yg perlu diperhatikan
• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yg menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.
• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.
• Jika tidak dapat minum habis jus yg telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yg sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rusak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yg terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yg baru
• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastis.
• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / majun. Hati-hati dgn informasi yg menyesatkan.
• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya. Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yg sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yg sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.
• Pastikan anda berpakaian panjang & bersarung tangan & kasut getah apa bila mencuci buah & pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal diagggota badan.
KHASIAT UBATAN KELADI TIKUS
1. Membantut ketumbuhan Sel Tumor
2. Membantut ketumbuhan sel kanser
3. Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb)
4. Bertindak sebagai Anti-virus & bakteria
5. Merungkaikan keracunan toksik ubatan
6. Merungkaikan keracunan toksik rokok
7. Mengatasi penyakit diabatis melitus
8. Mengatasi tekanan
9. Meningkat stamina & ketahanan diri
10. Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung
11. Meyembuh selsema, batuk, kahak & sakit kepala
12. Anti Asma
13. Meredahkah bengkak & sakit
14. Mengatasi masalah kekembungan perut
15. Menyembuh penyakit hati
Isi kandungan pada Daun;
1. Hexa acid dekanoat
2. Acid okta dekanoat
3. Lauric acid
4. Acid kapriat
5. Koniferin
Isi Kandung dalam Batangnya(steim):
1. Serebrosida
2. Daukasterol
3. Inactivating ribosome protein / RIP
Isi Kandung pada Jalur Melintang (rhizome)
1. Alkaloids
2. Triterpenoid
3. Polyphenols
4. Arginine
5. Tritofan
6. Fitol
Bagaimana Typhonium Flagelliforme bertindak ?
Typhonium Flagelliforme / keladi tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yg tinggi. Arginine adalah asid amino yg penting yg mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman & haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yg normal & proliferasi sel.
Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat cancer. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan & zat antikurkumin. RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, & menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.
Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pankreas.
Apakah itu Sel kanser?
Kanser adalah penyakit yg melibatkan fikiran, tubuh & jiwa. Jiwa proaktif berfikir positif sangat membantu penyembuhannya. Emosi, sifat sulit memaafkan memicu tubuh kita berada dalam situasi tegang & mempengaruhi tingkat kasaman menjadi tinggi & ini menyuburkan sel-sel kanser.
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yg tidak terkawal & mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ.
Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dgn sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut & tulang belakang & ia membentuk pertumbuhan kanser yg baru & lain pula.
Kanser merupakan masalah kesihatan yg kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia & membunuh 5 juta yg lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yg serius & perlu diberikan perhatian yg sewajarnya.
Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui & dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi bilangan kes baru yg dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup & persekitaran serta pertambahan pendudukan yg meningkat usianya.
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/06/keladi-tikus-typhonium-flagelliforme.html
Berbagai macam kemasan produk herbal Keladi Tikus bisa anda dapatkan di link berikut ini :
1. Kapsul Ekstrak Keladi Tikus "Keladikaps" (Kanker, Tumor)
2. Kapsul Keladi Tikus Herbalindo
3. Kapsul Keladi Tikus Griya An-Nur
4. Madu Keladi Tikus Ghaza Herbal
Tidak ada komentar:
Posting Komentar