
Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dgn pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) & "Kura" (Fiji).
Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".
Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yg terdapat dalam buah nenas.Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yg dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yg membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".
Kepentingan xeronine :
- Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine & proxeronase.
- Interaksi dua bahan kimia proxeronine & proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
- Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran & ketahanan protein badan yg merupakan sebagai bahan awet muda.
- Mengkudu juga kaya dgn bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik & diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dgn gula untuk dimakan.
- Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi & tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yg baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat & pendarahan otak.
Antara Khasiat Buah Mengkudu :
- Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis & hingus meleleh.
- Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan & masalah keracunan makanan.
- Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi & merendahkan aras kolesterol.
- Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal & buah pinggang.
- Mulut & tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi & batuk.
- Penyakit kulit - bisul, luka & ulser kulit.
- Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning & demam panas.
- Bagi wanita yg baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dgn membalut daun mengkudu itu dgn kain & dipanaskan untuk bertungku.
- Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.
Berbagai macam kemasan Produk herbal Mengkudu bisa anda dapatkan di link berikut ini:
Aneka Produk Mungkudu di Etalasemuslim
Tidak ada komentar:
Posting Komentar